PORTAL WEB RASMI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR 2008

Selamat datang ke Portal Jabatan Kerja Raya Selangor.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang JKR Selangor, maklumat organisasi dan juga membuat aduan secara online. Jika anda merupakan kakitangan JKR Selangor, anda boleh mendaftarkan diri anda untuk mengemaskini ruangan Bahagian/Cawangan/Daerah anda.

Portal ini dikemaskini dari masa ke semasa, jadi pastikan anda sentiasa mengunjungi kami untuk mengetahui perkembangan terbaru di JKR Selangor.


Unit ICT JKR Selangor


Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan JKR Selangor 2008

JKR Selangor sedang dalam proses mengukur Indeks Kepuasan Pelanggan bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian awam. Soal selidik ini dijalankan bagi tempoh 2 minggu mulai 1 September 2008 sehingga 15 September 2008. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat melapangkan masa dengan menjawab soal selidik yang disediakan berikut. Klik pada link dibawah untuk memuat turun fail borang yang dilampirkan.

Sila hantarkan borang yang lengkap diisi ke:

Bahagian Korporat,
JKR Selangor,
Tingkat 2, Bangunan SSAAS,
40582 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Selamat Menyambut Ramadhan

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, terutamanya warga kerja JKR Selangor di mana sahaja anda berada. Semoga kedatangan Ramadhan memberi keberkatan dan mengukuhkan keislaman kita semua.

Jabatan Kerja Raya Selangor.


Pengurusan Projek (CPM Basic)

04/09/2008 - 8:00am
05/09/2008 - 5:00am


Tajuk:
Kursus Pengurusan Projek:- Critical Path Method (Basic)

Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

Tarikh: 04 - 05 September 2008

Tempat: Pusat ICT JKR Bahagian Elektrikal, Seksyen 17, Shah Alam

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di talian 03-55447522 / 019-6424122(En. Herwan bin Ibrahim) atau e-mail: herwan [at] sel [dot] jkr [dot] gov [dot] my