PORTAL WEB RASMI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR 2010

Selamat Datang ke Portal Jabatan Kerja Raya Selangor.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang JKR Selangor, maklumat organisasi dan juga membuat aduan secara online. Portal ini dikemaskini dari masa ke semasa, jadi pastikan anda sentiasa mengunjungi kami untuk mengetahui perkembangan terbaru di JKR Selangor.


Acara ‘Topping Up Ceremony’ Projek LHDNM, Cyberjaya, Selangor

       

Satu majlis ‘Topping Up Ceremony’ bagi Projek Pembinaan Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia [LHDNM] Cyberjaya, Selangor telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Selangor, Tuan Ir. Kamil Puat Bin Nil pada 9 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Majlis ini diadakan sebagai simbolik terhadap kejayaan pihak kontraktor menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja struktur dengan sempurna bagi blok utama iaitu Blok Pentadbiran pada tarikh yang lebih awal iaitu pada 02 Jun 2010 daripada tarikh perancangan sebenar iaitu pada 14 Ogos 2010.

 


Kursus Team Building Pegawai JKR Selangor

Kursus Team Building Pegawai JKR Selangor telah diadakan di Kalumpang Resort & Training Centre pada 13hingga 15 Mei 2010. Seramai 26 orang pegawai JKR Selangor telah menghadiri kursus ini. Antara objektifnya ialah untuk membentuk semangat kerja berpasukan dengan menggalakkan hubungan setia kawan menerusi suntikan motivasi yang telah diberikan sepanjang kursus berlangsung. Aktiviti-aktiviti dijalankan telah memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi apabila semua peserta berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mengharungi semua cabaran yang diberi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.